Women Empowerment ini adalah artikel daripada penulis jemputan. Penulis merupakan ejen aktif Sutrina. Boleh layari websitenya di www.queenofsutrina.com

“Empowerment”
Satu perkataan ringkas yang penuh makna.

“Empowerment”
Satu perkataan…satu kekuatan…tapi tak semua yang tahu kekuatannya.

“”Empowerment”
Senjata yang mampu menjadikan wanita lemah yang jatuh tersungkur kembali tegak berdiri dan berlari.

Itulah dia “Empowerment”

Apa itu “Empowerment”?

Didefinisikan sebagai “proses memperkasakan seseorang supaya menjadi lebih kuat dan konfiden dalam melakukan sesuatu atau mencapai sesuatu yang dihajati dalam hidup”

Justeru itu, Queen of Sutrina ingin melancarkan kesedaran terhadap kaum wanita bahawa betapa pentingnya “Empowerment” itu dalam kehidupan seharian kita, WANITA!

Tanpa kita sedari, sebenarnya telah ramai ikon “Empowerment” wanita yang wujud dalam masyarakat bagi membantu golongan wanita untuk menikmati hidup yang lebih sempurna dan bermakna. Adakah anda sedar kewujudan golongan ikon wanita ini? Disaat wanita digelumangi stress bagai tercabut nyawa menguruskan hal ehwal rumahtangga, tahukah wanita wujudnya wanita lain yang bisa meringankan beban dikepala meskipun mereka tidak mampu meringankan beban dibahu anda? Tidak, bukan? Ya. Golongan ini wujud. Merekan ini memberikan pelbagai tips, kelas bimbingan membantu para wanita kembali waras bagi menguruskan anak-anak dan suami disamping karier sebagai wanita yang berkerjaya.

Bagi wanita yang tidak tahu menjaga paras rupa dan imej diri. Tahukah anda ada wanita yang bertungkus lumus memberikan nasihat, dorongan, bimbingan dan tunjuk ajar menata rias rupa paras agar elok dipandang sempurna? Ya. Golongan ini wujud. Sutrina merupakan salah satu darinya. Lihat saja berapa ramai agen-agen Sutrina yang memberikan tips solekan, memilih produk solekan yang selamat dan pelbagai lagi tips kecantikan di media social.

Bagi wanita yang selalu ditindas, dinoda, dipaksa…tahukan anda ada wanita yang memberikan anda dorongan untuk melontarkan apa yang anda rasa? Untuk menegakkan HAK ASASI anda sebagai seorang wanita? Ya. Golongan wanita ini ada.

Golongan-golongan ini lah yang dikenali sebagai “Woman’s Empowerment”

Mereka ini istimewa kerana mereka tahu bagaimana untuk “empowered” wanita lain.

Ya! Wanita-wanita ini wujud tapi tidak ramai yang menyedari kewujudan mereka.

Tahukah kamu, hanya golongan wanita yang mampu menaikkan semangat wanita lain?

Ya. Kerana mereka juga wanita. Hanya wanita yang memahami wanita lain. Mereka rasa apa yang kamu rasa. Maka, mereka suntik semangat yang sama agar golongan WANITA sama-sama bangun, sama-sama berjalan dan sama-sama berlari. Kerana mereka ini WANITA. Sifat WANITA yang penuh kasih sayang, penuh rasa kecintaan dan penuh rasa perkongsian. Mereka tidak sanggup melihat kedukaan di mata wanita lain, maka mereka lonjakkan kata semangat agar wanita yang berduka itu sedar bahawa kekuatan itu masih ada, kebahagian itu masih ada.

Queen of Sutrina mentemakan bulan Januari sebagai bulan “Empowerment” buat wanita. Istimewanya bulan ini, pada 27 Januari nanti akan diadakan Hi-Tea Eksklusif bersama beberapa ikon yang terpilih dimana Hi-Tea ini merupakan sebahagian daripada siri “Me Time” Sutrina. Pihak Sutrina akan mengadakan “Empowerment Contest” dan pemenang bertuah akan berpeluang menghadiri Hi-Tea Eksklusif ini bersama Kak Long Sutrina dan ikon-ikon “Empowerment” ini.

Wahhhh! Macam mana ayat-ayat yang Kak Long karang kat atas ni? Power tak?

Ala-ala puitis gituuuuu!!!

Sejujurnya ramai lagi yang tak tau betapa “power”nya empowerment ni kan?

Nanti Miss S akan kongsikan siapa ikon-ikon “Empowerment” yang Kak Long Sutrina dah pilih tu. Gojes-gojes jangan lupa ya untuk masuk pertandingan yang Sutrina akan adakan nanti. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dengan para ikon minum teh sambil makan scone berbual mesra dengan Kak Long Sutrina nanti.

“We are empowered. We are individuals who think and speak for ourselves. We aspire to live a fulfilled life”