Bulan Februari ni, banyak produk terbaru daripada Sutrina yang keluar. Lebih tepat adalah 3 kesemuanya. Unicorn Make Up Set, Little Traveller Kit  dan Lipstick Love Set. Hari ni Miss S nak cerita tentang Unicorn Make Up Set

HABIS DIJUAL KURANG DARIPADA 1 JAM

Actually idea untuk mengeluarkan Unicorn Make Up Set ni timbul apabila kami sering adakan Simple and Safe Workshop Series : All Hail To Kids yang mana kami mengajar kanak-kanak seawal usia 4 tahun keatas untuk membuat produk make up dan skincare mereka sendiri. Banyak parents yang approach kami tanya

‘Sutrina takde ke set make up untuk kanak-kanak?”

Ada juga yang luahkan perasaan

‘Produk Sutrina I beli ni cepat habis bukan sebab Mak yang pakai, tapi anak-anak yang suka. Bau memang dieorang suka, bilalah korang nak keluarkan set make up untuk kanak-kanak, barulah tak berebut!’

Dan pelbagai lagilah yang mendorong TEAM RnD Sutrina untuk mengeluarkan set make up yang sesuai untuk kanak-kanak

RISAU DENGAN KECAMAN

Actually ada juga isu timbul perbincangan antara team HQ yang mana dunia cepat viral ni jadikan kami sasaran untuk dikecam kerana mempromosikan make up kepada kanak-kanak seawal usia muda lagi. Tapi setelah fikir tujuan asal kami iaitu nak MENDIDIK MASYARAKAT MAKE UP SELAMAT ni bukannya usaha mudah dan siapa lagi golongan yang sesuai untuk dididik kalau bukan generasi muda ni, kami teruskan juga.

Untuk permulaan untuk validate market, kami hanya keluarkan 50 set sahaja

Dan……. kesemua set itu habis dijual dalam masa kurang 1 jam!

Ya, 1 JAM HABIS, SOLD OUT!

Sebab itu Miss S wakil daripada HQ Team nak minta maaf kepada yang tak sempat nak grab UNICORN MAKE UP SET ini sebab sememangnya stok adalah terhad. Anak-anak apabila dapat set ini, melompat gembira mereka. Emaknya pula tersenyumlah lepas ni anak-anak ini takde lah nak pakai emak punya pulak kan

Dan kami sudah pasti gembira kerana misi kami untuk mengajak masyarakat memilih MAKE UP SELAMAT kian mendapat sambutan!

Jom tengok beberapa gambar betapa terujanya anak-anak ini mendapat set make up mereka sendiri. Paling penting, SELAMAT!

BILA NAK KELUARKAN LAGI?

Tak berani nak jaminlah bila tu. hihi. Tapi untuk waktu terdekat nilah. Tariknya nanti kami akan umumkan. Terima kasih banyak-banyak kepada yang support perjuangan kami untuk MAKE UP SELAMAT ini. Miss S sayang uolls!

Selain Unicorn Make Up Set ini, ada 2 lagi set yang sedang laku macam goreng pisang panas ni iaitu Lipstick Love Set (boleh beli di pautan ini) dan juga Little Traveller Kit (boleh beli di pautan ini) Nanti Miss S story 2 set ini pula okeyy