Alhamdulillah, malam ini ada berita yang super excited Miss S nak kongsi, berita yang tersangat penting yang ditunggu-tunggu oleh Gojez peminat Sutrina dan juga Agent Sutrina yang awesome ni. APA DIA? Kat tajuk tu dah boleh tahu kan apa dia? Hihi.

Yaa, SUTRINA OFFICIALLY DAH LULUS KKM!

Sejak bulan 3 hari tu hinggalah sekarang memang pihak HQ bertungkus lumus untuk mendapat kelulusan KKM ni. Agak mencabar sebab kami bermula di rumah, memang itu tujuan Sutrina diwujudkan untuk menyediakan peminat Make Up menggunakan make up yang SELAMAT. Susah nak cari kilang yang boleh penuhi keperluan kami sebab itu kami bermula di rumah

Tapi, disebabkan PERMINTAAN PRODUK SUTRINA terlalu tinggi, pihak HQ telah membuat keputusan untuk daftar KKM secara rasmi bagi memberi jaminan kualiti yang kami sediakan kepada pelanggan Sutrina. Siapa yang familiar dengan permohonan KKM ni tahulah kan yang produk tak boleh buat di rumah, kena ada tempat khas untuk pemprosesan.

Kat situlah bermulanya CABARAN!

Macam mana nak check ni Sutrina dah Approved KKM atau tak ni?

Ok, sebelum Miss S share sejarah ringkat Sutrina ni, cara nak check KKM Approved ni mudah je.

  1. Klik pautan ini (laman web NPRA)
  2. Tanda Cosmetic Product Only
  3. Masukkan keyword Sutrina
  4. Tekan search

Maka keluarlah gambar ini. Gunalah Sutrina dengan yakin KKM gitu. hihi

Sejarah Sutrina

Bagi yang baru ikut cerita Miss S ni, Miss S bermula dengan nak sampaikan awareness kepada penggemar make up untuk tidak gunakan make up yang mempunyai bahan chemical di dalamnya. Kita cukup berhati-hati dalam memilih makanan berkhasiat tetapi bila nak sapu make up kat muka, kebanyakan masyarakat seolah tak peduli dengan bahan chemical pada make up tu

Tapi Miss S perasan, sepanjang Miss S buat awareness ni, ramai pula yang tanya Miss S

‘Kat mana nak dapatkan produk make up yang chemical free’

ALAMAK! Memang susah nak menjawab sebab Miss S dah survey memang tersangatlah susah nak cari make up yang free chemical ni. Sia-sia je Miss S minta masyarakat beli make up organik tapi end up kat pasaran tiada pula yang make up organik

Disitulah perjalanan Miss S buat R n D sendiri bermula!

Miss S try n error buat sndiri dgn start with loose powder selama lebih setahun. Melalui pembacaan, tonton video di youtube, tanya kepada yang pakar, semua Miss S buat selama setahun ni. Kemudian sepanjang setahun ni Miss S nampak sebenarnya ramai yang mencari dan alternatif product yang free chemical

Maka terhasilah produk Miss S pertama yang diberi nama Sutrina Mineral Loose Powder. Usaha Miss S ni ternyata tak sia-sia sebab masa Miss S ambil pre order tempoh hari – semua sold out dalam waktu yang singkat!

Lagi riang rasa hati apabila banyak sangat feedback positive daripada pengguna Sutrina

Dipendekkan cerita, nak go big, kenalah ada KKM dan sekarang Sutrina dah KKM APPROVED. Yeayyy

Perjalanan Miss S dan Sutrina masih jauh, Miss S sangat-sangat perlukan sokongan Gojez semua untuk kita sama-sama mendidik masyarakat perihal pentingnya menggunakan make up yang organik

SAY NO TO CHEMICAL MAKE UP PRODUCTS!