Salah satu agenda pihak Sutrina pada tahun 2018 adalah memperbanyakkan acara luar (offline) supaya lebih ramai yang mengetahui akan brand kami yang mementingkan make up selamat ni. Jadi, ada beberapa acara akan diadakan pada setiap bulan merangkumi booth, me time dan juga workshop. Pada bulan Jan 2018 nanti akan diadakan Simple and Safe Workshop Series : All Hail to Kids

Miss S taknak ulas yang booth dan me time di entry ni, cuma nak bagitau mengenai workshop yang akan diadakan pada waktu terdekat ni. Simple and Safe Workshop Series adalah acara bulanan yang pihak Sutrina akan adakan berkolaborasi dengan syarikat dan individu yang ternama untuk memberi pendedahan kepada orang ramai akan pentingnya make up yang selamat.

Apa tu Simple and Safe Workshop Series : ALL HAIL TO KIDS?

Simple and Safe Workshop Series : All Hail to Kids adalah workshop yang akan mengajar dan mendedahkan anak anda perihal bahan selamat dalam penjagaan diri. Generasi kanak-kanak sekarang perlu dididik dengan ilmu yang disampaikan dalam bentuk interaktif ini agar apabila dewasa nanti mereka bijak dalam memilih bahan untuk dipakai apabila dewasa nanti

Bagi acara kali ini, pihak Sutrina akan berkolaborasi dengan ELIXIR dan juga KIDZBANGI

Ok, disini Miss S akan senaraikan apa yang anak anda akan pelajari semasa worshop ini nanti

  1. Baca label, kenali keyword bahan yang tidak selamat! Walaupun kami buka penyertaan ini untuk kanak-kanak seawal 4 tahun, bentuk workshop yang interaktif ini akan mendidik anak anda bagaimana nak tahu bahan yang tidak selamat untuk digunakan. Anak anda sudah tahu membaca? Ia suatu bonus!
  2. Dinosour Soap, tenaga pengajar akan bersama anak anda untuk membantu mereka membuat sabun organik sendiri! Sabun yang akan dibuat ini menggunakan bahan selamat untuk kanak-kanak dan kita akan letakkan mainan berbentuk dinasour ke dalamnya, nanti selepas habis menggunakan sabun itu untuk membersihkan diri, anak anda boleh main dinosaur itu! Sangat seronok!
  3. Hands on baby powder, ini satu lagi aktiviti menarik untuk anak anda sertai kerana anak anda akan belajar cara membuat baby powder yang selamat digunakan untuk pemakaian harian! Tak perlu lagi risau anak anda gunakan bedak talkum yang bahaya

Menarik sangat! Berapa harga tiket?

Workshop begini sememangnya jarang diadakan. KHAS UNTUK KANAK-KANAK! Di Sutrina kami mahu mendedahkan make up selamat seawal yang boleh lagi. Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk memerangi bahan yang tidak selamat untuk kecantikan ini. Sebab itu kami hanya kenakan bayaran RM25 sahaja dan jika anda beli 2 tiket, anda akan dapat percuma 1 tiket!

Tempat adalah terhad, hanya 16 terawal sahaja dibuka pendaftaran. Boleh beli di sutrinamall.com di pautan ini

Jumpa disana!