Pada 2 minggu yang lepas, telah diadakan Simple and Safe Workshop Series : All Hail to Kids. Acara yang cukup berjaya itu disertai oleh ibu dan juga anak, mereka bersama-sama membuat barangan DIY sabun dan bedak mereka sendiri. Feedback yang cukup positif diterima dan ramai tertanya bila lagi pihak Sutrina akan adakan workshop seumpama ini. Malahan bukan sahaja di kawasan lembah Klang, berita kejayaan acara ini turut tersebar sehingga ke Utara Malaysia

Jom lihat beberapa gambar pada sesi lepas

Semua teruja untuk buat sabun sama sama

Jangan cakap anak-anak, ibu bapa pun excited nak buat DIY

Setiap kumpulan akan diawasi oleh mentor bertauliah

Jadi

Pihak Sutrina berbesar hati untuk meneruskan workshop ini dan lahirlah Simple and Safe Workshop Series : All Hail to Kids 2.0 Istimewa untuk bulan Februari 2018 ini, kami akan adakan acara ini di dua tempat berlainan! Satu di Lembah Klang dan satu lagi di Penang! Perincian seperti dibawah

Sutrina Simple and Safe Workshop Series : All Hail to Kids 2.0


Date: 11 Feb 2018
Time: 2pm-3pm
Place: Kidzbangi
Tiket : Boleh beli disini

Sutrina Simple and Safe Workshop Series : All Hail to Kids 2.0 (Penang)


Date: 24 Feb 2018
Time: 2pm-3pm
Place: Bandar Perda, Penang (Berhadapan Nash Donut)
Tiket : Boleh beli disini

Bosan dengan pusat beli belah yang sesak, ramai ibu ayah yang buntu untuk memilih aktiviti hari minggu bersama anak-anak.

Sutrina Simple and Safe Workshop : All Hail to Kids kini kembali dengan siri ke 2.0. Di mana kali ini kami berkongsi cara membuat ‘bath bombs’ dan ‘play dough’.

Anda dan anak anda akan bersama-sama membuat ‘bath bombs’ dan ‘play dough’ langkah demi langkah.

Kini ibu ayah ada pilihan aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan malah bermanfaat dalam perkembangan anak-anak.

Fee : rm25 per pax

Jika yang lepas anak-anak diajar untuk buat sabun dan juga bedak, kali ini akan diajar bath bombs dan juga play dough mereka. Mesti acara ini akan diingati oleh anak-anak kan. Acara lepas, tiket terjual dalam masa 4 hari je dah sold out. Jadi Miss S nak pesan supaya secure your seat secepat mungkin ok. Kita jumpa disana nanti!