Salah satu agenda pihak Sutrina pada tahun 2018 adalah memperbanyakkan acara luar (offline) supaya lebih ramai yang mengetahui akan brand kami yang mementingkan make up selamat ni. Jadi, ada beberapa acara akan diadakan pada setiap bulan merangkumi booth, me time dan juga workshop. Pada bulan Jan 2018 nanti akan diadakan Simple and Safe Workshop Series : The Beauty Pots

Miss S taknak ulas yang booth dan me time di entry ni, cuma nak bagitau mengenai workshop yang akan diadakan pada waktu terdekat ni. Simple and Safe Workshop Series adalah acara bulanan yang pihak Sutrina akan adakan berkolaborasi dengan ‘organic Gurus’ dan juga ‘DIY Gurus’ yang ternama untuk memberi pendedahan kepada orang ramai akan pentingnya make up yang selamat.

Apa tu Simple and Safe Workshop Series : The Beauty Pots?

Simple and Safe Workshop Series : The Beauty Pots adalah acara untuk anda BELAJAR SENDIRI CARA MEMBUAT kegunaan barangan kosmetik anda! Sound interesting? Yes, anda akan berpeluang pada 3 jam workshop ini belajar dengan DIY Guru ternama untuk hands on buat facial wash, facial mask dan lipgloss

Untuk kali ini, Sutrina telah bekerjasama dengan founder Darling Essentials, Sofea Azyze untuk mengajar dan berkongsi dengan anda semua betapa pentingnya SAFE MAKE UP ini. Boleh layari facebook pafe mereka di pautan ini

Lepas sahaja program ini, anda akan bawa pulang produk anda sendiri? bestnya!

Ok, ini Miss S senaraikan apa yang anda akan dapat jika mengikuti workshop ini

  1. Belajar macam mana nak baca label barang kosmetik dan toiletries anda. Ketahui nama-nama yang pelik di label itu secara lebih terperinci dan kesan pemakaiannya kepada kulit kita. Anda boleh bawa juga barangan yang selalu anda guna dan minta GURU kita bagitau selamat atau tidak bahan di dalamnya
  2. Belajar apa beza organic dan natural. Ramai yang keliru dengan perkataan ni, Ada juga kosmetik yang sesuka hati gunakan label organic di label padahal bahan yang digunakan adalah bukan organic
  3. Belajar tentang bahan semulajadi yang bagus untuk mekap anda. Anda juga akan didedahkan dengan bahan yang elok untuk anda DIY sendiri kosmetik anda
  4. Belajar secara hands on tentang pembuatan kosmetik dari founder Darling Essentials – Sofia Azyze
  5. Paling best setiap peserta yang hadir akan dapat sijil penyertaan dan free gift

Jika anda ada anak yang anda tidak boleh tinggal? Jangan risau! Anda boleh letak mereka di Kidzbangi

Menarik kan acara ini. Jadi, berapa harga kelas seperti ini?

Biasanya di luar sana harga workshop hands on yang anda akan belajar buat sendiri, siap boleh bawa pulang lagi produk anda tu mahu beratus juga. Tambahan DIY Guru yang kita bawa ni memang terbaik. Tapi pihak Sutrina dah absorb banyak kos, anda hanya perlu bayar RM160 sahaja. Jika anda membuat pembayaran early bird, harganya hanyalah RM80 sahaja.

Anda oleh membeli tiket acara ini di sutrinamall.com Masukkan detail anda disitu dan pihak kami akan hubungi anda untuk langkah seterusnya. (klik sini untuk beli tiket) Jumpa disana!