Hari ni Miss S teruja lebih sikit. Heee. Mana taknya sebab hari ni 1st time Sutrina featured di surat khabar tempatan! Terima kasih kepada pihak kosmo kerana memberi liputan kepada acara yang telah pihak Sutrina jalankan pada 2 minggu yang lepas iaitu Simple and Safe Workshop Series : ALL HAIL TO KIDS

Tajuk beritanya : Buat bedak bayi, sabun dalam masa 30 minit

Jom baca apa yang mereka tuliskan disini

XXXXXXXXX

“Kami memang mengutamakan barangan penjagaan diri yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Selain itu, isteri saya juga menghadapi masalah alergi dan kulit sensitif,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! pada Bengkel Ringkas dan Selamat Untuk Kanak-Kanak di KidzBangi, Bangi Selangor anjuran produk kecantikan Sutrina baru-baru ini.

Program itu memberi pendedahan kepada ibu bapa dan anak-anak tentang cara-cara membuat bedak bayi serta sabun secara Do It Yourself (DIY)

Dalam pada itu, Instruktor DIY Sutrina, Nur Aqma Madiha Mazelan menjelaskan, sejak lebih setahun lalu dia aktif menghasilkan barangan DIY seperti cecair penyembur penghilang bau karpet dan cadar sebelum beralih membuat barangan keperluan harian seperti pelembap bibir, bedak serta sabun.

Sejak itu, dia mula menganjurkan sesi pembelajaran kepada mereka yang berminat dalam kumpulan kecil mengikut permintaan.

“Sebenarnya anak perempuan sulung saya gemar bermain barangan solek saya. Justeru, saya mula mencari cara menghasilkan bahan solek yang lebih selamat.

“Ia bukan bertujuan menggalakkan anak bersolek pada usia muda tetapi sebagai langkah berjaga-jaga terhadap bahan kimia yang mungkin akan memudaratkan kulit mereka.

Baca selanjutnya di surat khabar kosmo hari ini (2 Februari 2018) atau boleh baca atas talian di pautan ini

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

KAMI SERIUS SEBARKAN MISI MAKE UP SELAMAT

Actually dah semakin ramai yang sedar akan make up selamat ni. Tak kira apa jua latar belakang, bilangan yang prihatin dengan bahan yang terkandung dalam make up ataupun rutin skin care dah semakin ramai. TETAPI. Hakikatnya jumlah itu tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan yang tak peduli akan bahan yang mereka pakai. Masih ramai lagi di luar sana yang acuh tak acuh dengan make up yang di pakaikan di muka mereka. Kami perlukan anda!

Sebab itu usaha pihak Sutrina ini akan berterusan dan pada tahun ini akan diadakan lebih banyak workshop sebegini bagi mendidik masyarakat di luar sana akan perihal make up selamat. ALL HAIL TO KIDS 2.0 dan 3.0 akan diadakan di Penang dan juga Kidzbangi pada bulan ini. Perincian acara itu boleh baca di pautan ini

Sekarang ini tiket dah terjual lebih 10 tiket, masih ada 25 slot yang tinggal. Jom dapatkan tiket Simple and Safe Workshop Series di sutrinamall.com sekarang!