Awal September yang lepas, seorang Beauty Blogger dari Filipina telah berkongsi pengalaman ngerinya memakai make up tiruan. Perkongsian gambar yang dikongsinya itu mendapat perhatian daripada kebanyakan penggemar make up kerana ramai yang tahu bahaya make up tiruan tetapi tak ramai yang ambil peduli akan kesannya

Selepas lihat sendiri kesannya, barulah ramai yang membuka mata!

Zaira Soriano telah membeli eyeliner yang murah di pasaran. Lebih murah bermakna produk itu adalah produk tiruan. Paling mengejutkannya, kesan daripada pemakaian produk itu tak sampai 3 jam telah menimbulkan kesan sampingan yang teruk

Cuba lihat bawah kelopak matanya, membengkak!

Selain membengkak, Zaira juga memberitahu yang produk tiruan itu mengakibatnya berasa gatal dan kemerahan. Dia lantas terus membuang make up itu daripada mukanya dan nasib baiklah tiada insiden mengakibatkan kerosakan teruk yang berlaku. Peristiwa itu menjadi peristiwa ngeri dalam hidupnya

BAHAYA MAKE UP TIRUAN

Sekarang ni terlalu banyak make up tiruan di luar sana. Ramai yang nak cantik tetapi memilih produk yang terlampau murah dan kadang-kadang tak masuk akal harga yang dijualnya tu seolah bahan pembuatan bahan make up itu adalah bahan ‘buangan’! Miss S nak pesan supaya janganlah kita membeli barangan make up tiruan ini, sia-sia nak jadi cantik dan akhirnya memudaratkan diri kita sendiri

Selain make up tiruan, ada lagi isu yang hangat diperkatakan iaitu MAKE UP GUNAKAN BAHAN KIMIA TERLARANG. KKM sudah menggariskan barangan yang akan memudaratkan kesihatan badan tetapi sebab dengan menggunakan bahan ini kesannya akan lebih cepat dan harganya pun lebih murah, ramai pengusaha produk yang tidak mengendahkannya. Pengguna pula yang sukakan keputusan yang cepat tidak  langsung mengendahkan label bahan dan hanya mahukan hasil yang cepat.

Ia sebenarnya lagi bahaya kerana kesan bahan kimia terlarang ini tidaklah sepantas make up tiruan tetapi kesan jangka panjangnya memang sangat teruk. Dah banyak kajian yang dibuat yang bahan kimia ini boleh menyebabkan pelbagai masalah dan kita sebagai pengguna haruslah bijak membaca label untuk elakkan kejadian tak diingini berlaku terhadap diri kita!

Jom beralih kepada MAKE UP SELAMAT, SAY NO TO FAKE MAKE UP~!