PARAH MAKE UP RACUN!!

Mungkin itulah yang boleh Miss S simpulkan dengan lambakan produk make up diluar sana yang tidak bertanggungjawab dengan mencampuri produk mereka dengan bahan racun berjadual. Walaupun baru 9 bulan, tapi jumlah produk yang sudah dikesan oleh pihak NPRA sebanyak 18 produk. Berbanding dengan tahun lepas 2016 hanya 11 produk sahaja.

Miss S jangkakan tahun depan pasti meningkat lagi!!

Kita sebagai pelanggan dan peminat make up ni, perlulah sentiasa berhati-hati dalam memilih make up yang sesuai. Jika ada rasa kesan yang tidak selesa, cepat-cepat report kepada NPRA untuk pihak mereka buat tindakan susulan. Jangan buat tidak endah, itu adalah satu tanggungjawab!

Ada 3 racun berjadual yang biasa ditemukan iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin. Jom Baca ulasan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Disini Miss S senaraikan list terbaru 18 produk yang sudah dikesan mempunyai racun berjadual ini

1. QuPuteh topQuPuteh front  Moleek Day Cream  NOT150505422K  Merkuri DZ Reenz Enterprise
 2.  QuPuteh topQuPuteh top  Adel Miracle Flawless Serum  NOT150805326K  Merkuri Syahmi Empire Resources
 3. QuPuteh top melanoff maintenance2  Ah Beauty Night Cream  NOT150702606K  Merkuri Ilana Consultancy
 4. QuPuteh top QuPuteh bottom  NDZ UV Whitening  NOT131204050K  Hydroquinone Perniagaan Cahaya Hayati
 5. QuPuteh top QuPuteh bottom
 Snow Cream Normal  NOT151106109K  Hydroquinone dan Tretinoin Onew Cosmetics
 6. QuPuteh top QuPuteh bottom Snow Cream Sensitif  NOT151106110K  Hydroquinone dan Tretinoin Onew Cosmetics
 7. QuPuteh top QuPuteh bottom  Dnars Nar Cream – Sensitif  NOT150104341K  Hydroquinone dan Tretinoin Rohban Trade Sdn. Bhd.
 8. QuPuteh top  Ellfie Night Cream  NOT150203432K  Hydroquinone dan Tretinoin Ellfie Beauty
 9. QuPuteh top  QuPuteh top  Tati Skincare Night Cream  NOT150200975K  Merkuri Biotech Resources Sdn. Bhd
10. QuPuteh top  QuPuteh top  Tati SkincareTreatment Cream  NOT150200974K  Hydroquinone dan Tretinoin Biotech Resources Sdn. Bhd.
 11. QuPuteh top  QuPuteh top
QuPuteh topQuPuteh top
 Moleek Anti Pigment Cream  NOT150700326K  Hydroquinone dan Tretinoin DZ Reenz Enterprise
 12. QuPuteh top  QuPuteh top  Night Glowing  NOT160306080K  Merkuri Ezzueriche Wellness
 13. QuPuteh top  QuPuteh top  Night Glow  NOT160306081K  Hydroquinone dan Tretinoin Ezzueriche Wellness
 14. QuPuteh top  Glowing Speed Gold Day Cream  NOT160104705K  Merkuri Babiez Glow Skincare
 15. QuPuteh top  Glowing Speed Gold Night Cream NOT160104706K  Merkuri Babiez Glow Skincare
 16. QuPuteh top  QuPuteh top  Qu Gebu AP Krim  NOT160400837K  Hydroquinone dan Tretinoin Vida Beauty
 17. QuPuteh top  QuPuteh top
QuPuteh top
 Nour Ain Night Cream NOT140701453K  Hydroquinone dan Tretinoin Elsuhaz (M) Sdn. Bhd.
 18. QuPuteh top  Royal Expert Whitening Cream  NOT150501310K  Merkuri Ortus Expert Cosmetics Sdn. Bhd.

Minta kepada Gojez semua yang masih memakai produk ini untuk berhenti menggunakannya sekarang kerana kesemua 18 produk diatas sudah terbukti mempunyai racun berjadual. Pilihlah yang selamat dan bahan buatannya terdiri daripada bahan organik seperti Sutrina untuk memastikan kulit Gojez semua terpelihara.

Please share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat input darinya